Kehidupan Di Matrikulasi//Kedah



Assalamualaikum . Walaupun entry ni ditulis selepas beberapa bulan budak lepasan spm 2015 dah masuk ke matrikulasi , aku masih nak tulis . Buat pelajar yang bakal masuk matrikulasi or dah masuk matrikulasi , yang penting sekali sebelum melangkah masuk dalam matrik ni hang kena buang segala persepsi buruk yang hang baca dekat laman sosial . Ini benda wajib hang kena buat kalau dak awai-awai masuk hang nanti dah give-up . Oh lupa nak kenalkan . Aku student kolej matrikulasi kedah batch 2015/2016 Sains Modul 3 . Dan dah secara rasminya tamat pengajian pada 28 April 2016 .

Kehidupan kat matrik ni takdahlah teruk seperti mana yang diuar-uarkan orang ramai yang tak pernah masuk matrik . Tipulah kalau cakap aku tak search dekat internet sebelum masuk matrik ni . Segala info dan sumber aku cari untuk kuatkan semangat masuk matrik ni . Buat pelajar yang nak masuk atau dah masuk tapi still ragu-ragu aku sarankan hangpa teruskan seperti biasa . Jangan give-up ! Keputusan sem 1 adalah yang paling penting sebab nak apply universiti guna keputusan sem 1 . So , jangan main-main / rileks masa sem 1 . Pulun sehabis baik .

Ramai cakap jadual belajar matrik memenatkan . 8 pagi sehingga 5 petang . Yakinlah dik , tak penat mana pun . Ada gap , ada kelas cancel , ada aktiviti dan macam macam lagi . Selepas 5 petang , buatlah aktiviti sendiri sama ada nak tidur , sukan , study atau mengorat .... Dekat matrik kedah ni aku cakap malam minggu memang banyak sangat event yang menyeronokkan . Aktifkan diri ye . Tapi jangan sampai tak siap tutorial dan kerja kerja lain .

Jangan malas naik cubicle jumpa lecturer bila tak paham apa-apa . Trust me tak ada lecturer yang cakap dia taknak mengajar dekat matrik ni . Semua available mengajar , Ada yang siap jemput ke rumah lagi . Dekat matrik kedah , satu bilik 4 orang . Dekat matrik lain taktaulah mungkin sama kot . Jangan lupa bercampur dengan budak dari modul lain tambah-tambah chinese dan jugak puak-puak 7A dan ke-atas masa spm . Depa ni akan jadi penyelamat bila assignment menjelma .

Ikut cara kita study bukan ikut cara orang . Macam aku pkul 5 ptg - 7 mlm , selalunya tidur & bersukan . 8 malam-11 malam tu sekali makan , siapkkan tutorial , jotter , assignment . Tapi selalu waktu ni aku selang seli dengan bermain phone . 12-3 pagi adalah waktu menghafal dan off-phone . Ini rutin weekdays . Kalau weekends tak pernah rancang . Kalau tu waktu tidoq hang tapi roommates hang study . Abaikan . Hang tidoq ja , Kalau bangun study tapi mengantuk buat apa . Sama ja . Ikut timetable kita sendiri .

Duduk dimatrik ni , macam-macam kena korban . Cuti pun bukan selalu . Matrik kedah memang jauh dari bandar so jangan menangis macam aku dulu kahkahkah . Setiap hari ada tutorial ! Jangan tangguh tutorial tersebut atau anda mengundang padah . Dia akan ganggu masa untuk subjek lain . Jangan bermusuh . Berdikari bila kena buat apa-apa . Cari orang yang boleh tolong kita ,.

Experiment dan pembelajaran dekat matrik sangat best . Bukan sekadar dengar . Boleh buat macam-macam . Lecturer semua baik-baik :)

Sedikit perkongsian gambar tentang aktiviti kat matrik .


Kelas terakhir sem 2

Kuliah Kimia Last

Pembubaran kelab koko sem 1

Majlis Tamat Pengajian 2015/2016

Hari terakhir di matrik kedah 

Pembedahan tikus subjek biologi

Kelas Sains Komputer

Experiment Biology - Blood Pressure
Makan malam blok C - Masquarade
Experiment Chemistry



Comments

Popular Posts