Cara nak deal dengan homesick
Aha hai untuk kali kedua , untuk menyiapkan tugasan dari lecturer yang disayangi (( saya ambik hati ni )) hahaha . Tetiba rasa nak update tentang kehidupan seorang student . Boleh dikatakan mostly semua student mengalami simptom " homesick " ni . Termasuklah empunya diri ini hehe . Setelah berambu air mata berjujuran masa first and second week , sekarang dah kemain okay . Biasalah tu bila berjauhan dengan familykan , sejak dilahirkan dok tengok muka parents ja , bila kena sambung study nah hambek . Syukur bebenor dapat negeri sebelah menyebelah ja .
Okay back to our topic , cara cara nak hilangkan rasa homesick bila kena duduk hostel . Sebenarnya susah jugak nak hilangkan rasa homesick ni kalau kita sendiri jenis tak bercampur dengan orang lain suka bawa haluan diri sendiri . Tak salah nak menyendiri kalau kita boleh coop dengan situasi "alone" ni . Tapi , persoalannya boleh ke idok ? Mak ayah bukannya ada 24 jam dengan kita .
- Cuba terima kenyataan yang awak sudah boleh berdikari
- Kita dah menjangkau umur 18 tahun dan ke atas dan selalunya kita dah boleh buat keputusan sendiri tanpa bantuan orang lain . So , kuatkan semangat dan mental untuk hidup tanpa bantuan orang terdekat . Cuba fikir pasai pengorbanan (( eh kejap macam tu ka eja dia )) mak ayah kita . Awak dah boleh nampak masa depan awak dan macam macam lagi . Fight for it . Education ni penting so korbankan seperti mana aku sendiri korbankan kehidupan 24 jam keluar sana sini dengan terperuk dalam asrama . Mungkin awal awal tu susah , slowly belajar . Mana tahu dapat pengalaman baru ka ? Taknak kenal ke orang yang lagi baik daripada diri sendiri or orang yang lagi teruk dari diri sendiri ? (( tetiba ))
- Cari geng yang sama sama homesick // geng sekepala
- Walaupun kedengaran macam tak bagus sebab akan sama sama meroyan . Tapi sebenarnya dengan berkawan dengan spesies macam kita ni dia akan menolong kita untuk lupa seketika pasal rumah . Selalunya bila dah jumpa orang yang sekepala ni kita akan terus lupa rumah (( jangan p lupa mak ayah hang pulak )) . Sebab dah selalu ketawa pastu kongsi cerita tentang negeri/tempat masing-masing mestilah jadi rapat . So , give it a shot !
- Join kelab/sukan/persatuan
- Yang ni pulak untuk student yang memang jenis suka berkawan/bercakap dan kenal dengan orang baru . Bolehlah join benda alah ni asalkan tak menganggu rutin diri sendiri . Dengan join benda alah ni semua kita akan sendiri terbiasa dengan kehidupan di kolej/hostel . Kadang-kadang best jugak join benda benda ni semua sebab kita dapat lalui macam macam pengalaman .
Setelah merajinkan diri typing ni aku nak mengucapkan selamat maju jaya kepada yang bakal menjadi mahasiswa/mahasiswi or apa sahaja yang melibatkan anda meninggalkan rumah tersayang . Jangan sedih sedih (( awal-awal tu takpa )) . Enjoy the life walaupun engko dapat tempat yang bosan / tak menarik . And dont forget to break the rule ! That's how you gonna enjoy your college life :) See ya !
Nak tanya kak. Tutorial tu apa dan macam mana?
ReplyDelete