The must visit place in Penang


So hi , bercakap pasai bercuti sana sini ataupun backpacking mesti ramai tertanya-tanya kat mana tempat paling best nak berkunjung ? Okay first of all , sebagai penduduk Pulau Pinang selama 18 tahun (( okay yang kira sejak dari keluar dari perut )) aku rasa takdak negeri sehebat Penang . Semua benda yang kita nak boleh jumpa kat mana mana ja . But hang jangan nak harimau pulak ..... Memang takdaklah Zoo dekat Penang ni . Terlalu banyak sangat tempat paling best kat penang ni sampai kekadang aku pun tak larat nak berkunjung :)


  1. Art Street , Penang


Tarikan pertama yang aku rasa semua backpackers atau tourists akan pergi ialah Art Street . Mana taknya semua sosial media penuh dengan gambar lukisan dekat dinding ni . Untuk pengetahuan , ada ja yang duduk penang tapi tak kesampaian datang sini . Memandangkan rumah aku dikelilingi semua benda alah ni so yeah memang tak larat nak berkunjung . Tarikan kat Art Street ni juga ada banyak selain lukisan ni . Pengunjung boleh menyewa basikal di sekitar kawasan ni dari pagi sampailah sebelum 7.00 malam . Sebab bila malam lorong lorong ni digunakan sebagai jalanraya biasa . Cuma dari pagi sampai 7 malam sahaja dibuka untuk pejalan kaki . Kawasan Art Street ni besarlah jugak , kena pandai-pandai cari port nak berposing okay ?
Banyak makanan ataupun stalls tepi jalan yang sesungguhnya sangat menyelerakan macam "ais kepal" :)

    2. Penang Hill

Tarikan kedua , Penang Hill ataupun Bukit Bendera bagi nama melayunya .(( maafkan saya sebab orang Penang ni kalau bab tempat semua depa cakap mat saleh , tempat penjajahan Francis Light katanya )).
Untuk pengetahuan semua Penang Hill ni buka setiap hari kecuali cuti umum ja , boleh rujuk Penang Tourism Website untuk maklumat lanjut ye . Personally , aku suggest korang pergi Penang Hill masa awal pagi dari pukul 7-10 pagi macam tu sebab suasana dia persis dekat Genting Highlands ! Setelah berapa puluh kali pergi aku still rasa suasana pagi dia paling best . Malam pun sebenarnya best , boleh tengok matahari terbenam . Dan suasana ni memang feel habis . Boleh nampak keseluruhan Penang diterangi cahaya lampu ! Korang akan naik train yang dulunya slow dan menakutkan sekarang punyalah laju tapi still menakutkan hahaha . Memang tak rugi duitlah nak tengok permandangan Penang dari atas ni :) Pastikan turun dari atas sebelum pukul 10.30 okay ?!


Okay itu ja untuk entry kali ni , esok lusa ceq update lain tentang keistimewaan Penang :)



Comments

Popular Posts